RSS

Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?


Assalamualaikum..
pagi yang sangat tensyen..
sebab stuck dalam jammed 2 jam tak bergerak..
tau tau ape punca nye..huhu..
abaikan..

arini cikkin rase cam nak share satu cite ni..
tadi bukak fb..terbaca notes kat wall member..
kisah Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?
jangan tak tau..ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian..dengan pelbagai alasan..alasan tak faham maksud ni pon memang femes laa kan..oleh itu..meh kite baca sesama..moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita..=)



~Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’~


daripada cerita ini..dapat diibaratkan..hati kita seperti guni arang yang kotor itu..jika kita rajin membaca Al-quran..walau tidak memahami keseluruhannya..lama kelaman..ia akan berubah menjadi bersih..wallahualam..~ 

oleh itu..wahai rakan2..janganlah jadikan Alquran sebagai kitab hiasan..atau pelengkap cukup dulang hantaran semata...mari laa kite rajin2 membaca al-quran..walau sepotong ayat sehari..insyaallah..sama2 laa kite saling mengingati..~



k laa..just nak share..nak sambung buat keje..tadi masuk lambat..hikhikhik..
eh..lupe..sumber artikel dari SINI





ppsstt..mudah-mudahan hati dan akalnya terkesan pabila membacanya..amin~






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Gud info adik kin... tak pernah terpkr pon mengenai ni.. Kalau surah yasin yg ade terjemahan pon tak pernah bace sampai habis..

~ mizzAmy ~ said...

for me, kalo kita tak paham tuh tak dek lah jahil sgt. at least, dengan membaca al-quran tu dpt dekatkan diri dengan Allah S.W.T. insya-Allah, suatu masa suatu ketika, if dibukakan pintu hati, mesti kita akan dalami maksud2 isi al-quran.

cheQmOomOo said...

:D

~ NANA ~ said...

baru denga kat TV baru-baru ni...

sgt tertarik bila ustaz tu cakap "tak paham takpe, sbb nanti al-quran tu la yg akan teman kita dlm kubur bila kita kesunyian"

Post a Comment